Bunga orkid atau anggerik ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma). Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.
Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.
Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.
Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.
Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.
CIRI-CIRI ORKID MALAYSIA
Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan
1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah
2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lain
Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrien
Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya
Monopodial
Simpodial
ORKID MONOPODIAL
Orkid yang mempunyai
Batang yang tumbuh tinggi
Daun keluar dari sisi
Akar keluar dari sisi
Bunga keluar di hujung batang
Contoh orkid:
Vanda sp.
Aranda sp
Arachnis sp.
ORKID SIMPODIAL
Orkid yang mempunyai
Satu jambak bungapada satu batang
Hidup seolah serumpun
Mempunyai batang atau bebawang
Contoh orkid :
Cattleya sp.
Dendrobium sp.
Oncidium sp.
CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID
Ada empat berdasarkan :
a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. Warna
Bentuk
Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana
Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana
Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar
Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana
Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil
Tekstur
Tekstur halus contoh : Oncidium sp.
Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp.
Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.
Ukuran
Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya:
Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm
Warna
Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik
Fungsi dan kegunaan pokok orkid
Jualan orkid berpasu
Jualan keratan bunga
Jualan orkid pada pasu gantung
Hiasan majlis rasmi
Hiasan halaman rumah
Hadiah
Cara menanam orkid
Kaedah pembiakan orkid
Guna biji benih
Guna keratan
Guna belahan rumpun
Guna kultur tisu
Kaedah:
Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu
Letakan anak pokok orkid ditengah pasu
Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasu
Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram)
Letak tempat teduh.
ORKID-ORKID YANG MASYHUR
Orkid Butterfly


Orkid Jenis "Butterfly"
Bunga orkid "Butterfly" adalah dari jenis yang agak istimewa.
Mana-mana penggemar orkid tentu merasa kagum dengan tangkainya yang panjang, sedangkan daunnya rapat ke atas tanah atau permukaan pasu.
Bunganya mampu bertahan berminggu-minggu lamanya.
Tetapi selepas ditanam ia mengambil masa yang panjang untuk mengeluarkan bunganya yang pertama.
Tidak hairanlah jika harganya pun agak mahal dari orkid jenis biasa.
Orkid Merpati

Nama Tempatan:
Anggerik Merpati
Nama Saintifik:
Dendrobium crumenatum
Nama Lain:
Anggerik desa,orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi,orkid desa,pigeon orchid, white dove orchid,daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin
Famili:
Orchidaceae
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:
Tumbuhan tempatan
Keterangan:
Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri.Ia paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua.Antara pokok-pokok yang biasa ditumpang oleh anggerik merpati ialah pokok durian, pokok getah dan pokok kelapa sawit.Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa 2 hari sahaja.Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca panas yang berpanjangan.
kegunaan:
Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau wangi, ia jarang dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja.Tumbuhan ini tergolong antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan.Antara kegunaanya dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk mengubati sakit telinga.
Untuk Menyokong BloG Ini,
Tolong Klik Iklan Di bawah
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)