Sunday, September 1, 2013

CARA MENANAM ORKID



Ramai orang suka pada bunga orkid, dan berhasrat untuk menanamnya tetapi tidak tahu cara yang paling tepat. Di sini di tunjukkan salah satu cara penanaman orkid yang mudah dan sesuai dilakukan oleh seorang newbie. Pokok Orkid sebenarnya memerlukan keadaan persekitaran yang panas pada sebelah siang hari dan sejuk pada sebelah malam.
Bahan yang diperlukan dalam penanaman pokok orkid mudah sangat. Ok mari saya tunjukkan Cara-Cara Nak Tanam Pokok Orkid.
  • Sediakan Arang, Kalau dikampung selalu guna sabut kelapa, batang/tunggul kayu ataupun pecahan batu bata pun boleh. Kalau sizenya besar kecilkan. Saya guna penukul ketuk Arang ni. Arang juga boleh didapati di Pasaraya bahagian Garden.
  • Masukkan Arang 3/4 kedalam bekas dan kemudian ambil orkid letakkan kedalam bekas kemudian penuhkan dengan arang sehingga  batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.
  • Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid.
Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu agar akar mencengkam dengan cepat.
  • Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
Inilah kesemua hasil dari Pokok Orkid Pemberian dari Mak. Dapat 4 Bekas tapi tak tahulah apa jenis serta warna bunganya. Harap-harap semuanya berbunga dengan cantik.
Cara penyiraman Pokok Bunga yang betul adalah dalam 2-3 kali sehari kalau cuaca mendung cukup la sekali sahaja.
P/s:- Cara Pembiakkan Orkid sebenarnya terdiri dari 4 cara iaitu melalui anak Benih, keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun. 

Gambar-gambar ehsan dari Aziewan.com.Harap maklum.