Friday, June 16, 2017

MARI MENGENAL JENIS-JENIS ORKID MELALUI BENTUK DAUNNYA

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan orkid, agak sukar untuk mengetahui jenis-jenis orkid kerana bentuk rupa bunga yang hampir sama. Berbeza dengan bunga raya, bunga kertas, bunga
kemboja dan bunga ros yang boleh dikenali dengan hanya sekali pandang sahaja. Dalam entri yang lepas saya ada mengetengahkan beberapa jenis bunga orkid yang agak berlainan dari yang lain seperti Moth Orchids, Dendrobium Orchids dan Slipper Orchids.

Bagimana pula sekiranya pokok orkid tersebut tanpa bunga untuk membolehkan  kita mengenal pasti jenisnya? Sebenarnya daun orkid yang berlainan jenis mempunyai bentuk yang lebih kontra antara satu sama lain jika dibandingkan dengan bentuk bunga yang kelihatan lebih serupa. Dengan ini membolehkan kita mengenali jenis-jenis orkid dengan lebih cepat dan tepat.

1- VANDA

Vanda mempunyai bunga yang sangat cantik, Penjagaanya juga tidak cerewet kerana dia adalah jenis orkid yang tahan lasak. Sangat sesuai dengan iklim di Malaysi kerana Vanda memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk berbunga. Terdapat tiga jenis Vanda mengikut bentuk daunnya iaitu:

a) Strap-leaf foliage
b) Semi-terete foliage
c) Terete vanda foliage

Hanya dengan sekali pandang sahaja kita sudah dapat mengagak bahawa ianya adalah Vanda.





(Strap-leaf foliage)



   Susunan daunnya diayam dengan kemas sekali


        (Semi-terete foliage)


Susunannya masih seperti Strap-leaf foliage tetapi
lebih jarang dan daunnya lebih halus.



(Terete vanda foliage)


Susunan daunnya lebih jarang dari Semi-terete foliage
dan bentuk daunnya juga lebih halus hingga batang
dan daun kelihatan serupa saja.



2- ONCIDIUM

Bentuk daunnya seolah-olah ada gelembung di bahagian bawahnya. Sebenarnya bentuk gelembung ini hanyalah nipis sahaja, sama seperti daun di bahagian atas.







MINIATURE ONCIDIUMS

Biasanya Miniature Oncidium mempunyai ketinggian 6 inci sahaja. Namun begitu ia mempunyai bunga yang sangat lebat dibandingkan dengan ketinggian ini.












3- MILTONIA

Daun Miltonia adalah seakan-akan daun Oncidium. Perbezaannya pula pada bentuk bunganya yang seakan-akan bunga Dendrobium.






4- DENDROBIUM

Memang amat senang untuk mengenali Dendrobium kerana batangnya tinggi dan selesa dalam pasu yang kecil. Daun hanya terdapat pada bahagian atas batangnya.








MINIATURE DENDROBIUM

Pokoknya lebih kurang sama cuma bersaiz kecil. Begitulah juga dengan bunganya.






5- REED STEM EPIDENDRUM

Juga mempunyai batang yang tinggi seperi Dendrobium tetapi bezanya terdapat susunan daun di sepanjang batang itu hingga ke bawah. Tidak seperti daun Dendrobium yang mana daunnya tumbuh hanya di bahagian atas sahaja. Bunganya juga tumbuh dihujung tangkai yang tegak berdiri seperti bebola dan mempunyai clown face.









6- CATTLEYA

Cattleya juga dikenali sebagai QUEEN OF ORCHID kerana saiz bunganya yang sangat besar dan cantik menarik. Rupa bentuk daunnya juga memain peranan untuk kita mengenali orkid ini. Pada setiap batang orkid hanya ada satu atau dua helai daun sahaja. Daunnya juga tebal dan lebar.







MINIATURE CATTLEYA

Bentuk Miniature Cattleya adalah sama sahaja dengan Cattleya cuma saiznya lebih kecil.





7- PHALAENOPSIS

Daun Phalaenopsis tumbuh dari permukaan tanah. Ia tidah ada batang yang jelas seperti yang kita boleh lihat pada orkid yang lain. Bunganya kelihatan seperti seekor rama-rama yang tengah terbang apabila tangkai yang tinggi itu ditiup angin. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai Moth Orchids.


-



8- MASDEVALLIA

Daunnya tumbuh dari permukaan tanah dan tebal seperti daun Phalaenopsis tapi lebih runcing dan panjang. Juga daun ini tumbuh lebih tegak keatas jika dibandingkan dengan Phalaenopsis yang melengkong kebawah. Bunganya yang berbentuk segi tiga itu juga jauh berbeza dari Phalaenopsis yang lebih mirip pada seekor rama-rama tengah terbang.










9- PHAIUS

Daunya juga tumbuh dari permukaan tanah seperti Phalaenopsis tetapi mempunyai tekstur yang nipis dan urat daun yang selari yang dapat dilihat dengan lebih jelas. Daunnya lebih lebar dan besar serta panjang jika dibandingkan dengan Phalaenopsis.






10- CYCNOCHES

Daun Cycnoches kelihatan seakan-akan sama dengan Phaius tetapi mempunyai batang yang tumbuh menegak. Kadang-kadang apabila batang itu tidak berdaun, ianya kelihatan seperti ubi.





11- BRASSAVOLA

Daun Brassavola atau "Lady Of The Night" berbentuk seperti jarum besar iaitu tajam hujungnya dan berbentuk cilinder. Daun-daun gtumbuh dari umbi akarnya. Ini bermakna Brassavola tidak mempunyai batang kecuali tangkai bunga sahaja. Bunganya sangat harum terutamanya waktu malam.






12- LYCASTE

Lycaste mempunyai batang yang bergelembung (bulb) bahagian bawahnya sebelum tangkai daun. Bulb ini jelas kelihatan apabila sudah tua dan tidak berdaun lagi. Ciri-ciri ini tiada pada orkid lain. Bunganya umpama bunga lilin dan terdapat dalam berbagai warna. Juga mempunyai haruman herba seperti lemon dan rempah seperti kulit kayu manis.









13- CYMBIDIUM

Daun Cymbidium panjang mengurai macam dedaun lalang atau padi.Memang sangat berbeza dengan kebanyakan daun pokok orkid yang lain.





MINIATURE CYMBIDIUM

Saiz Miniature Cymbidium sangat menarik untuk hiasan meja atau sebagai hadiah.




14- LUDISIA

Ludisia ditanam untuk daunnya lebih daripada bunganya. Ini adalah kerana daunnya sangat menarik. Terdapat berbagai-bagai corak pada daunnya yang juga dalam berbagai warna terutamanya hijau dan koko.









15- SLIPPERS

Orkid jenis Slippers ini memang senang untuk dikenali hanya dengan melihat bunganya yang mempunyai kantung memerangkap serangga. Walaubagaimanapun, daunnya juga berlainan dari orkid-orkid lain dan senang untuk dikenali. Hidup atas tanah dan mempunyai daun yang lebar dan tidak begitu tebal seperti Phalaenopsis (Moth Orchids)